DI SEDIAKAN OLEH
HUDSON MUAL ANAK DAUD
23DEC14F2038
MOHAMMAD SYAHMI BIN ABDUL HALIM
23DEC14F2059
SYAZAREENA SHARI
23DEC14F2044
NORSYAFIKA BINTI ARIFFIN
23DEC14F2052
Objektif
- Menjelaskan kewujudan dan proses-proses penjajahan dari kuasa-kuasa asing serta kesan kepada masyarakat dan negara
- Menghuraikan semangat penentangan terhadap penjajah dan menilai kesan-kesan penjajahan .
PENGENALAN
- Negara kita telah dijajah selama 446 tahun bermula dari tahun 1511 hingga 1957
- Negara – negara penjajah :
- PORTUGIS(1511-1641)
- BELANDA(1641-1824)
- INGGERIS((1824-1941) & (1945-1957)
- JEPUN (1941-1945)
Faktor umum kedatangan Portugis , Belanda dan Inggeris ialah
- Faktor kekayaan (rempah-ratus, bijih timah dan emas )
- Faktor keagamaan (penyebaran agama kristian )
- Faktor kemegahan
Kedatangan Kuasa Barat
Portugis (1511-1641)
- Pemerintahan selama 130 tahun
- Tujuan utama ialah untuk menduduki Melaka yang merupakan pusat perdagangan terpenting
- Matlamatnya adalah mencari pelabuhan bagi menguasai perdagangan di kawasan timur dan mengembangkan agama Kristian
Sistem pentadbiran perdagangan
- Kapal-kapal pedagang diwajibkan membayar cukai sebanyak 6-10% daripada hasil dagangan .
- Seorang pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang
- Portugis memonopoli barang dagangan utama .
- Dikriminasi terhadap pedagang Islam
Kesan penjajahan
- Membawa kepada kemunculan kerajaan Melayu – Riau
- Memperkenalkan sistem pentadbiran ketenteraan di Melaka
- Agama kristian cuba di sebarkan
- Kesan peninggalan – seni bina , Portuguese music and community
- Kelahiran masyarakat serani antara orang portugis dengan penduduk tempatan
- Pengenalan tulisan rumi
- Perkataan bahasa portugis – jendela , almari , garpu
BELANDA (1641-1824)
- 1616, Belanda telah menguasai Betawi (Batavia) di pulau jawa . Malah Betawi telah dijadikan sebagai pusat perdagangan Belanda di kepulauan Melayu Melaka .
- Penjajahan bertujuan :
a)Menguasai perdagangan rempah di kepulauan Melayu .
b)Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu .
- 1640 - Belanda bersatu dengan Johor untuk menyerang Melaka dan dapat mengalahkan portugis selepas 6 bulan .
- 1641 – Portugis kalah
- Belanda telah mewujudkan monopoli kepada seluruh perdagangan di kepulauan Melayu Betawi dijadikan pusat perdagangan , Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal negeri-negeri Tanah Melayu yang kaya dengan bijih timah .
- 1942 – Belanda mendesak Johor untuk menandatangani perjanjian perdagangan yang menetapkan semua kapal yang berlayar ke utara melalui selat Melaka , hendaklah mendapat kebenaran daripada Belanda
- Kurun ke -18 , Belanda menghadapi tentangan dan persaingan daripada Bugis
Kesan penjajahan
- Peningalan tapak bersejarah . The stadhuys , Melaka . Kota Belanda , pangkor .
Penjajahan Inggeris (1824-1942)(1945-1957)
- 1600 pedagang Inggeris telah tubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) untuk licinkan perdagangan dengan negeri Cina .
- Syarikat tersebut berminat dengan Gugusan Kepulauan Melayu .
- sebabnya perdagangan Cina tidak untung dan cari pengkalan bebas lanun .
- 11 ogos 1786 Francis Light duduki Pulau Pinang dengan janji kosong kepada Sultan Kedah
- 6 Feb 1819 Stamford Raffles telah duduki singapura setelah buat perjanjian dengan Temenggong Abd Rahman dari semasa ke semasa
Sebab kedatangan
- Faktor kekayaan , keagamaan dan kemegahan .
- Sebab campurtangan ;
a)Bimbang kuasa Eropah lain
b)Menjaga kepentingan British
c)Permintaan penguasa Tempatan
d)Menjaga keamanan
e)Ekonomi
- Kawasan ; seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Borneo- kecuali beberapa negeri , atas sebab tertentu seperti Terengganu , Kelantan (siam) dan Johor(Sultan johor)
- Kaedah campurtangan :
a)Pembukaan petempatan seperti Pulau Pinang
b)Perjanjian dengan pihak penguasa tempatan seperti Singapura
c)Sistem residen seperti di Perak , Selangor , Negeri Sembilan & Pahang
Sistem Pentadbiran British
- Sistem Residen
- Negeri-negeri Melayu Bersekutu
- Majlis Mesyuarat Persekutuan
- Desentralisasi kuasa
Sistem Residen
- Strategi British untuk mengawal pentadbiran secara langsung di Negeri-negeri Melayu
- Perak (1874) , Sg Ujung(1874) , Pahang(1888) < Negeri Sembilan(1895) , Johor (1913)
- Politik pulih tetapi tradisi tidak – Sultan tiada kuasa mutlak
- Ekonomi- Pelaburan menggalakkan , bijih timah , getah , kopi diperkenalkan.
- Ketidakseragaman pengagihan ekonomi
- Sosial- kepesatan infrastruktur dipusat ekonomi
Negeri Melayu Bersekutu
- Perjanjian persekutuan 1895
- Selangor , Perak , Pahang , Negeri Sembilan
- Persidangan wakil Inggeris & Majlis mesyuarat Raja – Raja (Durbar) pertama Kuala Kangsar 1897 , ke-2 di Kuala Lumpur 1903
- Meningkatkan kecekapan pentadbiran , seragam & kawal kuasa residen . Tersirat mudahkan kuasai & eksploitasi sumber ekonomi Negeri negeri Melayu
Desentralisasi Kuasa
- Kesan ekonomi meleset pada 1925
- Membentuk Persatuan Tanah Melayu (PTM)
- Dihentikan pada 1941 apabila Jepun menyerang Tanah Melayu .
Kesan Penjajahan Inggeris(Politik)
- Penentangan oleh masyarakat tempatan
- Pengenalan sistem pentadbiran Barat dan pengabaian sistem pentadbiran tradisional
- Pemakaian undang-undang Barat. Undang-undang Islam dan adat dihadkan hanya dalam soal-soal domestik .
Sosio-ekonomi
- Kewujudan sistem ekonomi kolonial – hasil di ambil oleh penjajah
- Perkembangan sistem ekonomi berasaskan eksport
- Perkembangan infrastruktur dan kemudahan asas
- Penghapusan adat-adat tempatan yang disifatkan sebagai kejam
- Pengenalan sumber ekonomi baru seperti getah
- Pengenalan dan pemindahan teknologi .
Penjajahan Jepun (1942-1945)
- 15 Feb 1942-12 Sept 1945
- Tujuan : kekayaan , keagamaan , kemegahan .
- Kawasan jajahan : Seluruh Semenanjung Tanah Melayu & Borneo .
- Sebab-sebab kemenangan :
a)Strategi Jepun
b)Kelemahan Inggeris
Strategi Jepun
- Menyerang dari utara sedangkan pihak Inggeris menumpukan pertahanan mereka si sebelah selatan Tanah Melayu .
- Menyerang Pearl Harbour terlebih dahulu bagi memutuskan bekalan dan bantuan .
- Pakatan dengan Siam
- Bergerak dengan menggunakan basikal
- Program pengintipan yang rapi dan menyeluruh (Secret Intelligence)
- Propaganda Jepun – membebaskan Tanah Melayu menyebabkan penduduk Melayu memberi bantuan kepada Jepun .
- Kepimpinan yang baik seperti Jeneral Yamashita (Malayan Tiger )
- Tentera yang terlatih , bersemangat , berdisiplin , tidak takut mati dan sanggup berkorban untuk negara termasuk melalui tindakan “kamikaze” . Mereka tahu berkorban untuk negara adalah sesuatu yang mulia .
Kelemahan inggeris
- Kesilapan Inggeris menumpukan pertahanan disebelah selatan menghala ke Singapura .
- Pertahanan laut yang sangat lemah sedangkan kedudukan Tanah Melayu dikelilingi oleh laut .
- Kelemahan pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu yang beraneka ragam dan berbeza-beza menyukarkan koordinasi pertahanan dilaksanakan
- Tentera Inggeris tidak bersedia
- Inggeris salah jangkaan waktu serangan
Kesan penjajahan Jepun
a) ekonomi
- Kemusnahan sektor ekonomi disebabkan kemusnahan semasa perang
- Peningkatan inflasi
- Pemindahan teknologi pertanian
b) sosial
- Kematian dan kebuluran
- Tahap kesihatan yang rendah dan penularan wabak penyakit seperti beriberi dan malaria
- Trauma peperangan kesan kematian dan penyiksaan buruh paksa Landasan Keretapi Maut
- Hubungan yang tegang antara kaum Melayu dan Cina
- Penentangan terhadap pendudukan Jepun oleh MPAJA , Force 136 , Gerila Kinabalu , Askar Wataniah
- Bertambahnya pengaruh komunis
- Pembebasan tahanan politik Inggeris seperti Ibrahim Yaacob
- Kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan warga Tanah Melayu
- Penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran negara di bawah pemerintahan Jepun
Kesan penjajahan
- Penjajahan Inggeris paling banyak meninggalkan kesan politik , sosial , pentadbiran ,ekonomi dan agama berbanding dengan penjajah Portugis dan Belanda
- Kucar kacir politik berlaku di semua negeri seperti perang saudara , perebutan takhta dan perlombongan , kegiatan lanun dan pertelingkahan antara kongsi-kongsi gelap .
- Kuasa raja-raja Melayu semakin lemah
- Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan bangkitnya semangat kebangsaan rakyat untuk merdeka dari penjajahan
- Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah , Parti Komunis Malaya (PKM) telah cuba mengambil alih pentadbiran negara selama 3 hari
KESIMPULAN
- Kekayaan dan kedudukan Tanah Melayu yang begitu strategik telah menyebabkan wilayah ini menjadi rebutan banyak pihak . Justeru itu , penjajah yang menguasai wilayah ini bertukar ganti . Pendudukan Jepun walaupun singkat tetapi telah menyedarkan warga Tanah Melayu tentang maruah bangsa , kebebasannya dan hak untuk mentadbir negara sendiri . Inggeris pula merupakan penjajah yang paling bijak . Mereka berjaya menguasai keseluruhan Tanah Melayu melalui “usaha ketenteraan yang minima” . Justeru mereka dianggap sebagai penjajah paling berjaya terutamanya jika diteliti lebih mendalam dan menyeluruh kesan-kesan penjajahan yang ditinggalkannya disesebuah negara sepertimana yang dilakukannya di Malaysia dan lain-lain
Wynn Casino Tickets - Ticketmaster - Jackson County - Jackson
ReplyDeleteBuy Wynn Casino tickets at Ticketmaster.com. 경주 출장마사지 Find Wynn 경주 출장샵 Casino 순천 출장샵 venue concert 안산 출장마사지 and event schedules, venue information, directions, 구미 출장샵