Wednesday 18 March 2015

ZAMAN PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU

DI SEDIAKAN OLEH 


HUDSON  MUAL ANAK DAUD 
23DEC14F2038

MOHAMMAD SYAHMI BIN ABDUL HALIM
23DEC14F2059

SYAZAREENA SHARI
23DEC14F2044

NORSYAFIKA BINTI ARIFFIN
23DEC14F2052





Objektif

  • Menjelaskan kewujudan dan proses-proses penjajahan dari kuasa-kuasa asing serta kesan kepada masyarakat dan negara 
  • Menghuraikan semangat penentangan terhadap penjajah dan menilai kesan-kesan penjajahan .


PENGENALAN

  • Negara kita telah dijajah selama 446 tahun bermula dari tahun 1511 hingga 1957
  • Negara – negara penjajah : 
  1. PORTUGIS(1511-1641)
  2. BELANDA(1641-1824)
  3.  INGGERIS((1824-1941) & (1945-1957)
  4. JEPUN (1941-1945)

 

Faktor umum kedatangan Portugis , Belanda dan Inggeris ialah

  • Faktor kekayaan (rempah-ratus, bijih timah dan emas )
  • Faktor keagamaan (penyebaran agama kristian )
  • Faktor kemegahan 



Kedatangan Kuasa Barat 

Portugis (1511-1641)
  • Pemerintahan selama 130 tahun  
  • Tujuan utama ialah untuk menduduki Melaka yang merupakan pusat perdagangan terpenting
  • Matlamatnya adalah mencari pelabuhan bagi menguasai perdagangan di kawasan timur dan mengembangkan agama Kristian 



Sistem pentadbiran perdagangan

  • Kapal-kapal pedagang diwajibkan membayar cukai sebanyak 6-10% daripada hasil dagangan .
  • Seorang pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang 
  • Portugis memonopoli barang dagangan utama .
  • Dikriminasi terhadap pedagang Islam





Kesan penjajahan 


  • Membawa kepada kemunculan kerajaan Melayu – Riau 
  • Memperkenalkan sistem pentadbiran ketenteraan di Melaka 
  • Agama kristian cuba di sebarkan
  • Kesan peninggalan – seni bina , Portuguese music and community 
  • Kelahiran masyarakat serani antara orang portugis dengan penduduk tempatan 
  • Pengenalan tulisan rumi
  • Perkataan bahasa portugis – jendela , almari , garpu 




BELANDA (1641-1824)

  • 1616, Belanda telah menguasai Betawi (Batavia) di pulau jawa . Malah Betawi telah dijadikan sebagai pusat perdagangan Belanda di kepulauan Melayu Melaka .
  • Penjajahan bertujuan :
a)Menguasai perdagangan rempah di kepulauan Melayu .
             b)Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu .
        • 1640 - Belanda bersatu dengan Johor untuk menyerang Melaka dan dapat mengalahkan portugis selepas 6 bulan . 
        • 1641 – Portugis kalah 
        • Belanda telah mewujudkan monopoli kepada seluruh perdagangan di kepulauan Melayu Betawi dijadikan pusat perdagangan , Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal negeri-negeri Tanah Melayu yang kaya dengan bijih timah .
        • 1942 – Belanda mendesak Johor untuk menandatangani perjanjian perdagangan yang menetapkan semua kapal yang berlayar ke utara melalui selat Melaka , hendaklah mendapat kebenaran daripada Belanda 
        • Kurun ke -18 , Belanda menghadapi tentangan dan persaingan daripada Bugis 



        Kesan penjajahan 


        • Peningalan tapak bersejarah . The stadhuys , Melaka . Kota Belanda , pangkor .




        Penjajahan Inggeris (1824-1942)(1945-1957)

        • 1600 pedagang Inggeris telah tubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) untuk licinkan perdagangan dengan negeri Cina .
        • Syarikat tersebut berminat dengan Gugusan Kepulauan Melayu . 
        • sebabnya perdagangan Cina tidak untung dan cari pengkalan bebas lanun .
        • 11 ogos 1786 Francis Light duduki Pulau Pinang dengan janji kosong kepada Sultan Kedah 
        • 6 Feb 1819 Stamford Raffles telah duduki singapura setelah buat perjanjian dengan Temenggong Abd Rahman dari semasa ke semasa 



        Sebab kedatangan 

        • Faktor kekayaan , keagamaan dan kemegahan .
        • Sebab campurtangan ; 
          a)Bimbang kuasa Eropah lain
            b)Menjaga kepentingan British 
              c)Permintaan penguasa Tempatan 
                d)Menjaga keamanan 
                  e)Ekonomi 
                  • Kawasan ; seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Borneo- kecuali beberapa negeri , atas sebab tertentu seperti Terengganu , Kelantan (siam) dan Johor(Sultan johor)
                  • Kaedah campurtangan :
                  a)Pembukaan petempatan seperti Pulau Pinang 

                  b)Perjanjian dengan pihak penguasa tempatan seperti Singapura 

                  c)Sistem residen seperti di Perak , Selangor , Negeri Sembilan & Pahang 



                  Sistem Pentadbiran British 

                  • Sistem Residen
                  • Negeri-negeri Melayu Bersekutu 
                  • Majlis Mesyuarat Persekutuan
                  • Desentralisasi kuasa



                  Sistem Residen

                  • Strategi British untuk mengawal pentadbiran secara langsung di Negeri-negeri Melayu
                  • Perak (1874) , Sg Ujung(1874) , Pahang(1888) < Negeri Sembilan(1895) , Johor (1913)
                  • Politik pulih tetapi tradisi tidak – Sultan tiada kuasa mutlak 
                  • Ekonomi- Pelaburan menggalakkan , bijih timah , getah , kopi diperkenalkan.
                  • Ketidakseragaman pengagihan ekonomi 
                  • Sosial- kepesatan infrastruktur dipusat ekonomi 



                  Negeri Melayu Bersekutu

                  • Perjanjian persekutuan 1895
                  • Selangor , Perak , Pahang , Negeri Sembilan 
                  • Persidangan wakil Inggeris & Majlis mesyuarat Raja – Raja (Durbar) pertama Kuala Kangsar 1897 , ke-2 di Kuala Lumpur 1903
                  • Meningkatkan kecekapan pentadbiran , seragam & kawal kuasa residen . Tersirat mudahkan kuasai & eksploitasi sumber ekonomi Negeri negeri Melayu 



                  Desentralisasi Kuasa 

                  • Kesan ekonomi meleset pada 1925
                  • Membentuk Persatuan Tanah Melayu (PTM)
                  • Dihentikan pada 1941 apabila Jepun menyerang Tanah Melayu . 


                  Kesan Penjajahan Inggeris(Politik)

                  • Penentangan oleh masyarakat tempatan
                  • Pengenalan sistem pentadbiran Barat dan pengabaian sistem pentadbiran tradisional 
                  • Pemakaian undang-undang Barat. Undang-undang Islam dan adat dihadkan hanya dalam soal-soal domestik .           


                  Sosio-ekonomi 

                  • Kewujudan sistem ekonomi kolonial – hasil di ambil oleh penjajah 
                  • Perkembangan sistem ekonomi berasaskan eksport
                  • Perkembangan infrastruktur dan kemudahan asas 
                  • Penghapusan adat-adat tempatan yang disifatkan sebagai kejam
                  • Pengenalan sumber ekonomi baru seperti getah
                  • Pengenalan dan pemindahan teknologi .


                  Penjajahan Jepun (1942-1945)

                  • 15 Feb 1942-12 Sept 1945 
                  • Tujuan : kekayaan , keagamaan , kemegahan .
                  • Kawasan jajahan : Seluruh Semenanjung Tanah Melayu & Borneo .
                  • Sebab-sebab kemenangan :
                               a)Strategi Jepun 
                               b)Kelemahan Inggeris



                  Strategi Jepun 

                  • Menyerang dari utara sedangkan pihak Inggeris menumpukan pertahanan mereka si sebelah selatan Tanah Melayu .
                  • Menyerang Pearl Harbour terlebih dahulu bagi memutuskan bekalan dan bantuan .
                  • Pakatan dengan Siam
                  • Bergerak dengan menggunakan basikal 
                  • Program pengintipan yang rapi dan menyeluruh (Secret Intelligence)
                  • Propaganda Jepun – membebaskan Tanah Melayu menyebabkan penduduk Melayu memberi bantuan kepada Jepun .
                  • Kepimpinan yang baik seperti Jeneral Yamashita (Malayan Tiger )
                  • Tentera yang terlatih , bersemangat , berdisiplin , tidak takut mati dan sanggup berkorban untuk negara termasuk melalui tindakan “kamikaze” . Mereka tahu berkorban untuk negara adalah sesuatu yang mulia . 



                  Kelemahan inggeris

                  • Kesilapan Inggeris menumpukan pertahanan disebelah selatan menghala ke Singapura .
                  • Pertahanan laut yang sangat lemah sedangkan kedudukan Tanah Melayu dikelilingi oleh laut . 
                  • Kelemahan pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu yang beraneka ragam dan berbeza-beza menyukarkan koordinasi pertahanan dilaksanakan 
                  • Tentera Inggeris tidak bersedia
                  • Inggeris salah jangkaan waktu serangan



                  Kesan penjajahan Jepun

                  a) ekonomi

                  • Kemusnahan sektor ekonomi disebabkan kemusnahan semasa perang 
                  • Peningkatan inflasi 
                  • Pemindahan teknologi pertanian
                  b) sosial
                  • Kematian dan kebuluran 
                  • Tahap kesihatan yang rendah dan penularan wabak penyakit seperti beriberi dan malaria 
                  • Trauma peperangan kesan kematian dan penyiksaan buruh paksa Landasan Keretapi Maut 
                  c) politik
                  • Hubungan yang tegang antara kaum Melayu dan Cina 
                  • Penentangan terhadap pendudukan Jepun oleh MPAJA , Force 136 , Gerila Kinabalu , Askar Wataniah 
                  • Bertambahnya pengaruh komunis 
                  • Pembebasan tahanan politik Inggeris seperti Ibrahim Yaacob
                  • Kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan warga Tanah Melayu 
                  • Penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran negara di bawah pemerintahan Jepun



                  Kesan penjajahan 

                  • Penjajahan Inggeris paling banyak meninggalkan kesan politik , sosial , pentadbiran ,ekonomi dan agama berbanding dengan penjajah Portugis dan Belanda
                  • Kucar kacir politik berlaku di semua negeri seperti perang saudara , perebutan takhta dan perlombongan , kegiatan lanun dan pertelingkahan antara kongsi-kongsi gelap . 
                  • Kuasa raja-raja Melayu semakin lemah 
                  • Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan bangkitnya semangat kebangsaan rakyat untuk merdeka dari penjajahan 
                  • Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah , Parti Komunis Malaya (PKM) telah cuba mengambil alih pentadbiran negara selama 3 hari 


                  KESIMPULAN

                  • Kekayaan dan kedudukan Tanah Melayu yang begitu strategik telah menyebabkan wilayah ini menjadi rebutan banyak pihak . Justeru itu , penjajah yang menguasai wilayah ini bertukar ganti . Pendudukan Jepun walaupun singkat tetapi telah menyedarkan warga Tanah Melayu tentang maruah bangsa , kebebasannya dan hak untuk mentadbir negara sendiri . Inggeris pula merupakan penjajah yang paling bijak . Mereka berjaya menguasai keseluruhan Tanah Melayu melalui “usaha ketenteraan yang minima” . Justeru mereka dianggap sebagai penjajah paling berjaya terutamanya jika diteliti lebih mendalam dan menyeluruh kesan-kesan penjajahan yang ditinggalkannya disesebuah negara sepertimana yang dilakukannya di Malaysia dan lain-lain